I love you, papa
- Assalammualaikum.
Dipanjangkan umur seorang bapa kepada empat orang cahaya mata
kiriman Allah swt sebagai tanggungjawab.
Moga diampuni segala dosa si pembaca yg terang terangan mahupun
dosa yang tersembunyi.
Moga dihalalkan segala makan dan minumnya, diredhai segala
perbuatannya, dan diberkati segala urusannya.
- Sudah tertulis didalam jalan hidup kita keluarga kita mungkin tak sehebat
keluarga yang lain tapi janji Allah pada setiap hamba-Nya layak
untuk bahagia. Walau sudah tidak sempurna, tidak sebumbung dan tidak
bersama tapi ukhwah yang terjalin masih kukuh walau tak sekukuh tiang
yang pernah terbina. Semoga kita adalah hamba yg sudah tertulis di pengakhirannya
nanti bakal mendapat balasan syurga-Nya.
- Remember that Allah gives His hardest battles to his strongest soldiers.
- Lelaki dilahirkan untuk bertanggungjawab,
wanita dilahirkan untuk dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab seorang lelaki
terlalu besar, tanggungjawab terhadap Allah, keluarga, anak anak, masyarakat
dan negara. Kerana itulah lelaki sukar untuk masuk ke syurga Allah.
Jika dia gagal melaksanakan salah satu amanah Allah tapi jika dia berjaya
alangkah hebatnya seorang lelaki itu, tambahan pula jika dia digelar
sebagai seorang bapa.
Bapa ibarat pemimpin dalam sesebuah keluarga, manakala ahli
keluarga ibarat rakyat yang mengikut kata raja. Jika pemimpinnya
seorang yg bijak, adil dan berilmu tentang dunia dan akhirat dan dia berjaya
membawa rakyatnya ke jalan yang diredhai-Nya pasti syurga baginya.
- 'Pimpininlah anak anakmu dgn penuh keimanan agar anak anak dpt
dibentuk dengan penuh ketakwaan.'
- Seorang bapa yang hebat adalah seorang bapa yg mampu bersabar dan terus membimbing
anaknya agar tidak terus terpesong dari landasan-Nya. Ingatlah bahawa anak merupakan
utusan Allah kepada kita untuk kita pelihara akhlaknya dan bentuk dia dgn sebaik
baik acuan. Solat merupakan tiang agama, apa guna kita melakukan amalan yg lain
jika tiangnya masih belum kukuh. Dimana nak diletakkan amalan itu jika
rangkanya juga masih belum siap dibina.
- Hadis Nabi Muhammad SAW;
''Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam,
maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara;
sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan& anak soleh
yg sentiasa mendoakan kedua dua ibu bapanya''.
(HR al-Bukhari)
- ''Apabila ibu bapa meninggal dunia hanya doa anak
anak yg soleh dan solehah diterima Allah SWT''.
- ''Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita,
kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka
dengan amanah Allah.'' (R.Muslim)
- Akhir kata, andai kata-kata ini tidak mampu memberi kesan kepada si pembaca
atau mungkin hanya dapat menyinggung perasaannya semata cubalah bersangka baik
dalam setiap urusan-Nya. Mungkin hati kita yang terlalu keras hingga tidak mampu menerima
teguran atau mungkin hati kita telah mati dek sekian lama tidak bersujud dan meminta
keampunan. Semakin besar tanggungjawab kita, semakin besar ganjarannya.
Juga semakin besar pembalasanNya. Wallahualam.
You may have weaknesses, but Allah has strength.
You may have sin, but Allah has forgiveness.
You may fail, but Allah remains faithful!
When you find Allah, happiness finds you.
2:19 AM 6/20/2015
No comments:
Post a Comment