Thursday, 25 June 2015

Subuh Lagi by Cerdas Wangi

Terjaga dari mimpi
terpaku seketika dek otak masih belum berfungsi
rupanya aku beradu tadi
dikerling jam ditepi
argh sudah tujuh pagi
aku terlepas lagi
untuk menghadap Ilahi
penat dah latih diri
selalu begini
adakah malaikat sudah takmahu kejutkanku lagi?
adakah Allah sudah murka dengan umat-Nya ini?
jangan
aku tidak mahu membinasakan diri
ampuni hamba-Mu ini
masih jahil dan lalai
dalam mengurus diri

No comments:

Post a Comment